Alasan Shila Amzah Tarik Diri ABPBH 2014

Tahniah atas kemenangan Shila Amzah untuk tempat Shila Amzah di Juara Lagu ke 29 baru-baru ini. Kemenangan ini membuktikan lagu ciptaan Shila memang berkualiti dan diminati dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun disebalik kemenangan ini, ada satu cerita yang mengatakan Shila tarik diri daripada penyertaannya di Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH2014) bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.



"keputusan ini dibuat demi kebaikan bersama. Setelah difikirkan dan melihat situasi terkini, sukar rasanya untuk meneruskan langkah di pertandingan ini."
 Dalam blog rasminya, keputusan ini dibuat kerana tidak mahu sebarang isu timbul dan biar ramai tahu 'politik' yang wujud dalam kebanyakan pertandingan yang berbentuk hiburan di Malaysia. Shila juga menyatakan dalam blognya, bukanlah dia mahu menafikan hak peminatnya yang selama ini telah menyokong kariernya, tetapi Shila yakin semua peminatnya faham dengan keputusan yang diambil.

Kami di Magicalips percaya Shila akan terus maju dan berdiri teguh dengan bakat dan sokongan yang beliau perolehi sekarang ini. Harap hubungan Shila dan wartawan hiburan dapat dineutralkan kembali 'udara'nya. Selamat maju jaya Shila Amzah.

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama