Produk kedua, Dendeng Nyet Berapi
Selepas reda dari isu ciplak Sambal Nyet Berapi, Khairul Aming kini meneruskan mengorak langkah dengan melancarkan produk kedua khairulamingbrand, Dendeng Nyet Berapi. Tempoh ini adalah selepas 3 tahun Sambal Nyet Berapi berada dalam pasaran.
Jualan Dendeng Nyet di Live Tiktok
Menurut Khairul Aming dalam hantarannya di X, sebanyak 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi akan dijual pada hari pelancaran iaitu pada 2 Februari 2024 hari Jumaat. Menurutnya, jualan akan dibuat secara live di TikTok Khairul Aming pada jam 9.00 malam.
Pihak Khairul Aming telah mengambil masa 1 tahun untuk R&D produk kedua ini. Manakala sebanyak RM2 juta ringgit telah digunakan untuk penambahbaikan kilang dan persiapan mesin.
Produk terbaru Dendeng Nyet ini adalah produk yang sedia untuk dimakan (ready to eat), dan kali ini Khairul Aming memilih porch sebagai packaging produk. Tujuannya untuk senang bawa travel, selain mengurangkan risiko bungkusan pecah.
We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan. - Khairul Aming. {alertSuccess}
Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm 20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand.
— Khairulaming (@khairulaming) January 29, 2024
80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Feb) ini. Kita telah ambil masa… pic.twitter.com/9qGhjbGLBP