Selalu sangat, setiap kali berjalan ke mana-mana yang adanya dinding bangunan, dijamin anda akan nampak wajah dinding yang kotor dan berbau hancing. Biasanya, tiada orang lain yang akan buat kerja-kerja macam ini melainkan kaum lelaki, yang suka kencing berdiri di dinding bangunan. Betul kan?
Perlakuan sebegini menjejaskan imej tempat serta mendatangkan rasa yang kurang enak, setiap kali ada pejalan kaki yang lalu di "port khas" tertentu. Tapi, kami dapat tahu bahawa ada 1 alat khas telah dicipta untuk membendung perlakuan tidak sihat kaum lelaki seperti ini.
Dinding dispray dengan lapisan Superhydrophobic, iaitu sejenis lapisan kalis air yang biasanya, boleh dilihat pada tumbuhan seperti daun teratai, sayap serangga, dsb. Lapisan Superhydrophobic juga boleh diaplikasikan pada cermin kereta anda ( membantu menghalang titisan hujan melekat di cermin kereta )
Idea "peeback time" ini tercetus di Hamburg, Jerman. Penduduk St Pauli memikirkan idea bagaimana cara untuk mengajar pelaku yang suka mengotorkan dinding bangunan di kawasan mereka. Setiap kali ada yang ingin kencing di dinding, air najis mereka tidak akan terkesan di dinding. Malahan, kekotoran itu terkena balik pada si pelaku. ( Best kan? Hehe )
Rasanya idea ini perlu diaplikasikan di Malaysia juga untuk menjaga kebersihan serta mendidik masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab.