JPJ buka nombor plate siri GOLD


Nombor plate siri GOLD

Selepas siri khas M M (Malaysia Merdeka) dikeluarkan pada Ogos 2023, kali ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lancar nombor plate siri GOLD. Siri GOLD ini termasuk dalam kategori Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)

{getToc} $title={Topik FYP}

Jublis Emas Hari Wilayah

Nombor pendaftaran siri GOLD ini dilancarkan bersempena dengan Jubli Emas Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50. GOLD yang dikaitkan dengan Jubli emas, 50 tahun.

Panduan bid di JPJebid

Semua peminat nombor pendaftaran rare sudah boleh bersedia untuk masuk bidaan untuk mendapatkan siri yang istimewa ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu akan dibuka mulai Khamis ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bermula 1 Februari dan tamat pada jam 10 malam 5 Februari ini.

Panduan membida di JPJebid {alertInfo}

Lengkapkan diri dengan ilmu membida nombor pendaftaran JPJebid sekarang. Dijangka JPJebid akan mengalami kesesakan trafik yang tinggi memandangkan siri GOLD ini menjadi perhatian peminat nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia.

Harga plate siri GOLD

Harga bidaan untuk 

  1. kategori nombor bernilai utama bermula RM20,000,
  2. kategori nombor menarik bermula RM3,000,
  3. nombor popular/istimewa bermula RM800,
  4. manakala nombor biasa bermula RM300.
Nombor yang dijangka akan mendapat bidaan tertinggi antarnya;
  • GOLD 1
  • GOLD 916
  • GOLD 999
  • GOLD 24
  • GOLD 22
  • GOLD 317
  • GOLD 8055
Hasil bidaan nombor ini akan digunakan untuk beberapa perkara antarnya;

Menambah Hasil Negara

Bertujuan untuk meningkatkan hasil negara dengan memasukkan semua hasil bidaan NPI ke dalam akaun bersama. Sebahagian daripada hasil tersebut, iaitu 50 peratus, akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

Inisiatif untuk Rakyat dan Pemegang Taruh

Sebahagian daripada dana yang dikembalikan kepada MOT akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat dan pemegang taruh di bawah MOT. Ini termasuk bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, dan subsidi FLYsiswa.

Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

Selain itu, artikel ini turut menekankan pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi semua pemandu teksi di seluruh negara. Ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan sosial kepada mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan.

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama