Harga Dendeng Nyet Berapi diumumkan sehari sebelum pelancaran

Harga Dendeng Nyet Berapi 

Khairul Aming telah mengumumkan harga bagi produk keduanya Dendeng Nyet Berapi iaitu RM14.99 sepeket 180gm. Harga produk kedua ini RM1 lebih dari produk pertama iaitu Sambal Nyet Berapi.

{getToc} $title={Topik FYP}


Beza RM1 sahaja dari Sambal Nyet Berapi

Khairul Aming (KA) menerangkan antara faktor Dendeng Nyet Berapi lebih mahal dari Sambal Nyet Berapi atas beberapa faktor;

  1. Ramuan yang lebih banyak dari Sambal Nyet, ada daging,
  2. Tempoh masak berjam-jam lagi lama, (rebus, goreng, tumbuk gaul, menumis sampai pecah minyak)
Dengan pertambahan harga RM1, KA berharap Dendeng Nyet Berapi masih lagi boleh dibeli oleh orang ramai, dan boleh repeat order.

Kita bukan nak berniaga sehari sahaja, kita nak berniaga bertahun-tahun lamanya. - Khairul Aming

 

Kuantiti maksimum yang boleh dibeli

Untuk hari pelancaran, Khairul Aming menetapkan setiap pembelian boleh beli 6 peket per order. Maksudnya setiap orang hanya dibenarkan beli maksimum 6 peket sahaja pada hari pelancaran.

Tujuan KA menetapkan 6 peket adalah untuk memastikan staff dan abang kurier tak burnt out untuk menguruskan parcel.

Kalau pembelian dihadkan 1 atau 2 sahaja setiap orang, dengan alasan supaya ramai orang boleh beli maka parcel akan bertambah banyak untuk diuruskan. Dengan mengambil kiraan purata pembelian adalah 2 paket setiap pembelian, 80,000 paket akan menjadikan lebih kurang 40,000 parcel.

40,000 parcel mengambil masa lebih kurang 12-14 hari untuk diuruskan. Memandangkan Tahun Baru Cina pun sudah hampir, pihak KA perlu memastikan semua parcel 'clear' sebelum Tahun Baru Cina.

KA memohon sekiranya ada kawan atau saudara mara yang nak beli Dendeng Nyet Berapi, boleh sekalikan atau gabungkan tempahan untuk jimatkan parcel.

Situasi ini hanya untuk pembelian waktu pelancaran sahaja.

Platform jualan Dendeng Nyet Berapi

Untuk platform penjualan, KA memilih untuk membuat jualan dalam platform TikTok Khairul Aming. Hari Jumaat jam 9 malam dah boleh beramai-ramai serbu akaun TikTok KA. Setakat ini belum ada lagi jualan di mana-mana platform selain TikTok Khairul Aming.

Tekstur dan tahap kepedasan Dendeng dan 

Tekstur Dendeng Nyet Berapi adalah jenis lerai bukan daging kerana kebanyakan pengikut KA adalah berumur 24 ke 44 tahun. Ada yang kanak-kanak dan pakcik makcik, dengan tekstur lerai maka senang untuk Dendeng Nyet Berapi dikunyah.

Dan tahap kepedasan pun hanya pada skala 4/10.

80 ribu paket sebagai permulaan

KA menetapkan 80 pakej Dendeng Nyet Berapi sebagai permulaan untuk mendapatkan feedback dari customer. Dari situ pihak KA boleh tambah apa yang kurang dan apa perlu ditambah baik untuk pengeluaran seterusnya.

Kenapa Dendeng bukan sambal belacan

Alasan mudah adalah untuk melengkapi produk pertama, bukannya bersaing sesama sendiri. Sebagai contoh kalau beli phone ada jual casing, kalau beli burger ada fries dan milkshake.

Selain itu ianya adalah permintaan dari pelanggan sebelum ini, produk yang ready to eat.

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama