Coretan Paksu : 6 Personaliti Gaya Bercinta Yang Mesti Anda Tahu

Saya telah memberi ceramah tentang bagaimana untuk mengenali bakal pasangan kepada lebih 200 orang pelajar perempuan di sebuah universiti awam. Saya telah mengambil Teori Enam Gaya bercinta yang telah dipelopori oleh John A. Lee pada 1973 melalui hasil karyanya Colours of Love sebagai rujukan saya. 

Ternyata audien terasa teruja dan ingin tahu untuk lebih dalam tentang personaliti masing-masing melalui gaya bercinta ini. Pendekatan gaya bercinta ini boleh membuatkan anda tahu pasangan dengan rapat dan dapat memahami lebih baik sekiranya tengah mencari calon suami yang terbaik. Berikut merupakan jenis-jenis gaya bercinta yang boleh anda baca, renung dan analisis bersama:

7 Personaliti Gaya Percintaan Pasangan



#1 CINTA ROMANTIS –EROS

Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. 
Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. 
Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.

#2 CINTA PERMAINAN -LUDUS

Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. 
Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. 
Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

#3 CINTA PERSAHABATAN–STORAGE

Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan.Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. 

Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

#4 CINTA LOGIK–PRAGMA

Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. 

Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. 
Pengamal gaya ini juga sabar menangguh  hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.

#5 CINTA KEPUNYAAN –MANIA

Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan keperluan diri sendiri. 
Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimili oleh pasangannya. Oleh itu mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.


#6 CINTA PENGORBANAN –AGAPE

Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlau ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. 

Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya.
Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita atau pun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. {alertInfo}
Sekiranya ada antara ingin mengetahui gaya bercinta ini lebih dalam, bolehlah berjumpa dengan kaunselor atau pegawai psikologi yang mahir mengendalikan ujian Invetori Gaya Bercinta yang telah dipelopori oleh Dr. Sidek Noah. Moga dapat membantu anda untuk mengenali diri anda dengan lebih baik.

1 Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

  1. Coretan yg menarik dan berguna pak su..trima ksih 👍👍👍

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama