Banyak versi dan cara untuk membuatkan resepi burger bakar menjadi sedap. Untuk menjadikan satu-satu burger itu menjadi sedap ianya mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
Cara buat burger super sedap di rumah |
- Sedikit pedas
- Sedikit manis
- Sedikit berkrim
- Sedikit berempah
- Kaya dengan sos
- Aroma yang sedap dan menyelerakan
- Penampilan yang menggiurkan
Hanya pakar yang tahu persediaan dan cara membuat burger yang sedap dan memuaskan hati. Bagi peniaga tegar burger, mereka sudah pastinya semua peralatan dan persediaan di hujung jari. Dari peralatan memasak sehinggalah bahan-bahan yang terbaik untuk menjadikan burger itu sedap dan juicy.
Daging
Jangan gunakan daging burger frozen dari pasaraya. Seeloknya buatlah sendiri daging burger dengan menambahkan perisa sendiri yang pastinya lebih sedap dan dijamin bersih.
Potong dan bentukkan daging sendiri lebih terjamin kebersihannya |
Kuali
Seeloknya dan sebetulnya gunakan kuali leper untuk memudahkan memanggang daging burger. Kalau kuali lengkung tu, agak sukar untuk mengawal suhu daging burger yang sedang dipanggang.
Tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Ini kerana underheating = overheating boleh menyebabkan daging hilang juicy nya.
Selaraskan saiz api, jangan terlalu besar (Overheating) dan jangan terlalu kecil (underheating) |
Teknik Menggoreng
Seeloknya pastikan suhu yang bersesuaian sebelum meletakkan daging ke dalam kuali. Jangan sesekali tekan daging, ini untuk memastikan kesegaran dan ketebalan daging burger terjamin. Tidak perlu gunakan teknik ketuk lubang untuk memastikan daging masak pada keseluruhannya. Anda hanya perlu menterbalikkan daging dan menyiram minyak yang panas ke atas daging burger tersebut.
Siram minyak ke atas daging burger, jangan di tekan atau ditebuk lubang |
Jangan leperkan atau tekan daging burger kerana boleh menghilangkan pati daging selain meleperkan daging burger |
Salad dan Tomato
Letakkan salad dan tomato bagi memastikan burger tetap segar. Salah dan tomato perlulah dicuci dan disusun dengan kemas dalam lapisan burger. Selain itu boleh letakkan bawang dan timun untuk memeriahkan lagi keadaan burger ini.
Salad digunakan bertujuan untuk menjadikan burger segar dan sedap |