Lelaki ini, yang juga dikenali sebagai The Slow Mo Guys cuba merakam anak mata beliau secara dekat dan memperlahankan pergerakan video yang direkodnya. Tindakan beliau mendatangkan rasa pelik dan kagum dalam satu masa yang sama. Video berdurasi selama 2.57 saat ini mungkin kelihatan biasa sampailah anda lihat dan perhatikan betul-betul dari saat 0.33 ( Jangan kerdip mata ok? Hehe )
Secara peribadi, kami melihat video ini dengan pandangan yang berbeza. Terasa seperti dalam mata kita ada kehidupan dan sistem energy yang kita sendiri tidak sedar bahawa, ianya sangat menakjubkan. Samalah seperti degupan jantung, pergerakan sel-sel darah, pergerakan fikiran dan sebagainya.
Kalau melalui pandangan biasa, kita hanya melihat anak mata bergerak kiri dan kanan, membesar dan mengecil. Tapi, dijamin pergerakan perlahan ini jarang sekali kita nampak. Pergerakan mata yang unik dan melantun seperti jeli. Saksikan.