Kerana Terlalu Obses, Wanita Ini Menelan Sehingga 78 Keping Sudu Garfu Besi

Percaya atau tidak , wanita ini telah menelan sehingga 78 keping sudu dan garfu? Bukankah 10 batang pun dah berat apalagi 78? Hehe.


Gambar ini dirakam pada 36 tahun dahulu, cuma pada tahun 2009 ianya disiarkan di majalah 'dutch medical'. Mereka mengumpul koleksi gambar pembedahan yang aneh melalui pembaca sendiri.Menurut salah seorang doktor, wanita terbabit mengalami keadaan obsesi melampau sehinggakan dia tidak menghiraukan makanan tapi lebih suka menelan peralatan.
Saya tidak tahu kenapa setiap kali melihat perkakas silver, saya akan teruja untuk menelannya dan saya tidak dapat menolong diri sendiri untuk menghalang.

Doktor juga mengatakan bahawa kejadian ini bukan pertama kali berlaku, disebabkan pernah didiagnos mengalami gangguan personaliti yang obses memakan sudu dan garfu. Tahukah anda tabiat luarbiasa pemakanan pelik ini juga dikenali sebagai Eating Disorder?



Pernah tak lihat orang yang terlalu obses dengan kebersihan sampaikan nak kemana-mana, kalau boleh nak sarung 1 badan dengan plastik? Yang ni digelar Obsessive Compulsive Disorder. Ada juga yang obses memakan serbuk mekap, makan gincu, kosmetik, minum cat, minum cecair dakwat, dan macam-macam lagi. Tabiat begini sebenarnya membahayakan nyawa dan mereka yang terlibat dinasihatkan jumpa pakar terapi untuk mengatasi penyakit masing-masing.

Sumber dailyuk

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama