Isu kebanjiran warga asing di Malaysia memang tak asing lagi dalam topik perbincangan masyarakat kita. Anehnya warga asing ini makin selesa di negara bertuah Malaysia kita ini. Menolak perbincangan sensitif dengan menuding jari ke mana-mana agensi tentang kebanjiran warga asing ini, saya hendak membincangkan survival warga asing di Malaysia yang menjadikan mereka bertahan dan suka tinggal di Malaysia.
sumber gambar dari robinwong.blogspot.com |
Banyak faktor yang menyebabkan mereka boleh bertahan di Malaysia ini. Malah ada di kalangan mereka hidup mewah berbanding rakyat tempatan sendiri. Ada yang dah memiliki premis perniagaan mereka sendiri sepanjang mereka disini.
1. Mereka Sanggup Melakukan Kerja-Kerja Yang Warga Tempatan Tak Buat
Bukanlah nak cakap rakyat tempatan ni memilih, tetapi kebanyakan sektor membuat bangunan di Malaysia kebanyakkan diisi oleh warga asing. Selain dari itu, bagi warga asing yang datang dari Pakistan pula sanggup mengerah tenaga untuk menjual kain dan barangan elektrik di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan bayaran ansuran. Kalau kita lihat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur tu, warga Bangladesh sudah mampu menyewa premis untuk menjual barangan komputer.
2. Mereka Saling Membantu Membangunkan Bangsa Mereka.
Entah apa modus operandi mereka, setiap kali warga asing ini menjejakkan kaki di Malaysia sudah pasti terjamin mereka akan mempunyai kerja. Samada mereka akan membuka kedai runcit di kampung-kampung, atau bekerja di kedai runcit yang sudah dibangunkan oleh sahabat-sabahat mereka sebelum ini. Bila dah cukup modal, mereka pula buka kedai runcit dan menggajikan warga asing yang lain atau mungkin warga tempatan di kedai mereka.
3. Berkahwin Dengan Warga Tempatan
Mungkin jarang kita dengar tentang perkara ini. Tetapi isu perkahwinan dengan warga tempatan ini membolehkan mereka mendapatkan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang lebih lama di Malaysia. Mereka sanggup membayar sejumlah wang untuk memanjangkan usia PLS mereka demi untuk menetap dan berniaga di bumi bertuah ini. Selain isu PLS, berkahwin dengan warga tempatan juga dapat memberi mereka banyak kelebihan untuk terus kukuh di bumi Malaysia.
Sumber gambar : robinwong.blogspot.com |
Bagi kita rakyat tempatan, mungkin banyak perkara yang kita rungutkan setiap hari tentang isu-isu berkaitan pemerintahan di Malaysia. Namun bagi mereka, dapat duduk di bumi bertuah ini dianggap satu kenikmatan yang mereka idamkan. Warga Pakistan contohnya, mereka lebih selesa di Malaysia berbanding di Islamabad berikutan konflik yang berlaku di sana. Ramai daripada mereka yang datang ke Malaysia sebab isu keselamatan di negara mereka selain isu ekonomi.
5. Tiada Apa Yang Perlu Dirisaukan
Orang putih kata "Nothing To Lose," Itu yang saya nampak ada pada mereka. Mereka tidak risau jika ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan kerana kesalahan pas lawatan tamat tempoh atau isu-isu immigrant yang lain. Mereka tahu mereka akan dihantar ke rumah merah dan akhirnya dihantar kembali ke negara asal mereka. Selepas beberapa bulan, mereka kembali ke Malaysia untuk membuat beberapa percaturan lain.
Saya cuba sehabis mungkin mengelakkan sebarang isu sensitif dalam mengeluarkan artikel ini. Harap perkongsian ini dapat membuka mata kita betapa kita sebenarnya bertuah menjadi warga Malaysia. Jom layan lagu Nothing To Lose dari Micheal Learn To Rock.
Nothing left to lose - puddle of mudd
BalasPadam