11 Sikap Isteri Yang Menjengkelkan Suami. #5 Ramai Suka Buat Sebab Nak Tarik Perhatian

Sebelum berkahwin, semuanya indah. Kentut pun wangi..Silap-silap masa keluar makan, nak sendawa kuat pun segan. Ada yang pernah alami macamni? Haha.Kami pasti ramai. Ramai yang di luar sana masa bercinta adalah masa penipuan dalam hubungan. Jadi bila masa kebenaran?? Selepas kahwin semestinya! 

Selepas kahwin, semua yang perangai tak semenggah baik isteri mahupun suami, serta merta keluar. Masa tu dah tak peduli dah, malah di khalayak ramai pun selamba badak je si suami kentut, si isteri sendawa gajah. Haha!


Namun, para wanita kena ambil tahu tentang 11 perkara ini. Antara sikap si isteri yang membuatkan suami terasa hati.

1. Merendahkan keupayaan suami di hadapan orang lain tak kiralah depan rakan-rakan, mahupun keluarga sendiri. 
"Laki aku tu, masak maggie pun dia failed, apalagi nak buat kerja rumah yang lain"
2. Mengemas rumah termasuk kemas barang suami dan sampai kesudah tak jumpa

"Sayang letak bateri dalam kotak tu, cuba cari. Kalau takda, sayang pun tak tahu kat mana" (muka tak bersalah.haha)
3.  Merancang aktiviti luar di luar pengetahuan suami

" Ayang kat town ni, hangout dengan kawan-kawan perempuan"
4. Mengambil masa terlalu lama untuk bersiap setiap kali keluar

" Abang baju ni ok tak, tudung ni matching tak. (Setengah jam kemudian) Masih sibuk nak makeup muka pulak. Total bersiap lebih 1 jam"

5.  Mengganggu suami masa tengah syok tengok tv. Kalau tak dilayan, merajuk tahap gaban

" Abang ni asyik2 tengok bola (padahal baru sekali tengok) , tak pernah nak bagi perhatian kat ayang. (sambil halang suami tengok tv)" 

6. Terlalu syok cerita tentang diri, tapi bila part suami nak bercerita buat acuh tak acuh
" pot pet pot pet (suami tengah bercerita ), si isteri menjawab : owh? ea? mmm.. ok... (itu saja?!) "
7. Memfitnah dan menuduh suami membuta-tuli
"Hah! Sapa pulak yang wassap dari tadi tu? Perempuan mana pulak yang gatai mesej (sambil mata pandang kecik besar je) "
8. Membuka hal dalam kelambu dengan orang lain 
"Hubby i tu sebenarnya, blablabla (kalau ye pun sedih janganle habaq kat orang luar, mengaibkan diri dan suami anda sendiri"
9.  Memberi arahan yang tidak jelas kepada suami

 ( situasi: air kopi dah letak gula, susu tin ada kat tepi air kopi ) 
Isteri: Abang, nanti tolong masukkan susu tu.( dalam fikiran si isteri suruh masuk dalam peti ais)
Suami: Masukkan susu dalam air kopi yang dah siap bergula
Isteri: Kenapa abang letak susu dalam ni?!Tak ke manis berganda kopi tu ??! 
Suami: Terkebil2 tak faham
last2 boleh jadi gaduh..

10. Merampas Handphone suami ketika tengah tengok berita best
belum sempat nak baca perenggan pertama, si isteri terkocoh-kocoh ambil dan baca sampai habis dulu. haha

11. Membebel macam peluru bertubi tak henti-henti

Kesimpulannya, untuk pertama kali buat mungkin si suami tenang dan cool saja. Buatnya berkali-kali, memang mana-mana suami akan meletup dia punya panas tu. Dah nanti bawa ke gaduh, merajuk paling teruk ,blablabla. Jadi para isteri fahami lah sikap si suami ni, dan suami fahamilah sikap isteri. Kadang tu, adakalanya antara 11 perkara ni, si isteri sengaja buat macamtu sebab nak tarik perhatian si suami.

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama