Puisi : Andai Ku Pergi

.

Andai ku pergi
Usah kau tangisi pemergian ku
kerana  aku ingin dirimu meneruskan hidupmu

Andai ku pergi
Usah kau bersedih hati
kerana aku ingin melihat dirimu bahagia

Andai ku pergi
Usah kau bersalah terhadap kehilangan ku
kerana aku telah lama memaafkan dirimu

Andai ku pergi
Usah kau berasa sunyi dan pilu
kerana orang lain amat memerlukan kasih sayangmu

Andaiku pergi
dan tidak kembali lagi
usah kau sesali
kerana suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi

Pak Su
2 Sept 2010

(ubat khas ini ditujukan untuk mereka yang kehilangan)
#mh370
#mh17
#keluarga Allahyarham Mohd Rizuwan bin Jamaluddin (Pesakit Kanser)
#keluarga Allahyarham Muhammad Syafiq bin Rohan (terbabit kemalangan)
#keluarga Majani bin Jobli (rakan seuniversiti)

Sumber : Google

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama