6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Pinterest. Memang Boleh Buat Ketagih

Di zaman yang serba canggih sekarang ni, ramai dah mula melibatkan diri dalam media sosial terutamanya Facebook, twitter, instagram, dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya ada 1 lagi media sosial iaitu pinterest yang mana belum lagi mendapat perhatian kebanyakan rakyat Malaysia sendiri. Dan biasanya hanya "omputeh" yang aktif dengan Pinterest. Tapi kenapa anda perlu ada akaun pinterest?

6 sebab kenapa anda perlu ada akaun pinterest
Pinterest magicalips

Untuk yang belum arif tentang pinterest, anda memang rugi. Terutamanya kepada peniaga online, blogger, pencinta tegar  gambar best dan juga untuk mereka yang sentiasa perlukan informasi. Ada 6 sebab kenapa anda perlu ada akaun pinterest.

Kenapa Pinterest boleh dan pasti akan membuat anda ketagih??

#1 Untuk rujukan akan datang
Setiap kali anda pin gambar-gambar cantik di pinterest, anda akan simpan di tempat khas dalam board pinterest anda. Jadi, ianya boleh dijadikan rujukan bila-bila masa sahaja 

#2 Gambar anda akan viral seperti virus
Anda pin gambar orang dan masukkan ke board anda, nanti orang lain pula akan pin semula gambar anda dan masukkan ke board mereka. Dan ia akan berterusan seperti virus sebab scrolling gambar takkan habis begitu sahaja. Ikut tajuk dan niche gambar 

#3 Pengganti Facebook
Kalau facebook server down macam haritu, hehehe..Anda takkan panik lagi sebab pinterest akan sentiasa buat anda happy. (Sebab gambar cantik akan menjadi inspirasi kehidupan harian anda)

 #4 Alternatif sebagai mini site
Khas untuk peniaga online dan blogger, anda boleh gunakan platform pinterest untuk menyimpan semua gambar produk atau artikel anda dalam board pinterest. Jadi, di situ peminat/pembaca/pembeli boleh terus rujuk tentang anda/produk terus di pinterest sebelum membuat pembelian. Tak perlu ada website yang mahal-mahal, cuma perlu ada blog kemudian pakai pinterest dah cukup dan FREE!

 #5 Untuk Promosi Blog dan Affiliate
Omputeh kebanyakannya guna pinterest untuk promosikan blog melalui gambar -gambar berkualiti tinggi dan cantik. Biasanya kalau gambar kecil atau low kualiti saya tak akan click atau pin board orang tu. Sebab tu permainan gambar di pinterest sangat penting 

 #6 Pinspiration satu dunia
Pin gambar yang memberi inspirasi kepada anda dan anda menjadi inspirasi satu dunia

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama