Tiada lagi pengeluaran Buggati Veyron selepas ini. Supercar mewah yang dibuat oleh Volkswagen Group ini telah mengeluarkan unit terakhir kereta ini iaitu bagi bilangan yang ke 450. Kereta yang yang berkuasa 1200 kuasa kuda ini berharga RM13 Juta (Harga di Malaysia) adalah antara kereta termahal yang pernah dijual di dunia. Unit terakhir Buggati Veyron ini telah dibeli oleh seorang hartawan dari negara Timur Tengah.
Seperti yang dijanjikan oleh Volkswagen Group, kereta ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 450 unit sahaja. Unit terakhir yang dinamakan La FinalĂȘ ini akan dipamerkan bersama-sama dengan Buggati Veyron yang pertama (unit 1) di Pameran Permotoran Geneva yang akan diadakan pada Mac 2015.
"An unprecedented chapter in automobile history has reached its climax," - Wolfgang DĂŒrheimer, Presiden Bugatti Automobiles.
La FinalĂȘ - Unit ke 450 Buggati Veyron, unit terakhir |
Dengar cerita hanya ada 3 buah Buggati Veyron di Malaysia ni.