Rasa sangat teruk bila kawan-kawan tidak mempedulikan perasaan kita. Tetapi itu hakikat yang akan berlaku dengan semua orang. Kawan pergi meninggalkan anda ketika berjalan atau aktiviti lain yang selama ini dilakukan bersama. Secara jujurnya perkara ini akan menyebabkan kita akan rasa rendah diri dan ingin menyepikan diri.
Source |
1. Berfikiran realistik. Semua orang akan rasa ditingggalkan dalam perhubungan. Kawan-kawan disekitar anda merupakan manusia yang sering
berubah setiap masa. Mereka akan mengalami perubahan oleh kerana faktor pesekitaran. Oleh itu, anda tidak akan berkepit dengan mereka selama-lamanya
kecuali menjadi suami dan isteri sehingga akhir hayat.
Realistiknya, perhubungan sesama sahabat akan kekal cuma momentum perubahan akan berlaku dari segi tingkahlaku. Contohnya, cara pergaulan pada zaman remaja tidak sama dengan zaman dewasa.
2. Analisis apa yang berlaku. Lihat
dan dengar perkara ini dengan telus dengan tidak melihat dari aspek kita
seorang. Kita perlu melihat punca-punca perubahan tersebut secara baik.
Secara jujurnya, pernah atau tidak anda melakukan sesuatu yang mereka rasa perlu meninggalkan anda? Contohnya sikap anda terlalu cerewet, menekan , tidak memahami mereka dan perkara-perkara lain menyebabkan kawan anda tersinggung.Kalau perkara ini berlaku, anda perlu mengambil langkah untuk meminta maaf. Namun begitu juga, ada sesetengah rakan anda yang ingin diberikan ruang untuk bersendirian kerana mungkin rasa jemu berkepit dengan anda atau perlu muhasabah diri kerana ada masalah peribadi. Mungkin juga, mereka ingin membiarkan anda bersendirian kerana mungkin melihatan anda penat dan mempunyai masalah sendiri. Semuanya kemungkinan, yang penting kita analisis dahulu.
3. Sentiasa proaktif. Jangan membiarkan emosi menganggu pemikiran yang
rasional anda. Perasaan itu memang ada
tetapi jangan terbawa-bawa dalam perlakuan anda. Tidak perlu sindir menyindir,
letak komen dalam laman sosial dan buat perkara-perkara buang masa untuk
menarik perhatian mereka.
Anda seharusnya senyum, buat aktiviti merapatkan hubungan dan buat perkara-perkara kegemaran anda tanpa memikirkan sangat perkara ini. Cuba untuk ceriakan hati anda.
4. Bercakap dengan kawan tentang perasaan anda. Cuba cari ruang dan
peluang untuk membawa sesi perbincangan dari hati ke hati di tempat yang sesuai.
Mungkin agak susah pada mulanya, tetapi tetap berhasil untuk menemukan
perbincangan. Namun ketika berbincang keadaan anda harus bersopan, asertif dan
dalam keadaan tidak beremosi. Rasanya anda mungkin mendapat jawapan tersebut.
Sekiranya, andai jodoh
persahabatan tetap juga tidak menyelebahi anda. Mereka juga masih
perlakuan yang sama terhadap anda.
Maknanya, awak perlu beralih arah ke arah persahabatan yang baru.
Ada ramai sahabat-sahabat yang di luar sana lebih baik dari kawan-kawan sedia ada sekarang. Buka ruang dalam hati anda untuk bina rangkaian persahabatan baru yang positif melalui aktiviti persatuan, sukan, rakan-rakan keagamaan dari tempat ibadah dan aktiviti kesukarelawan. Suatu hari nanti, kawan-kawan lama anda akan nampak kelebihan anda dari kekurangan anda sebelum ini.
terima kasih pak su atas coretan kali ini..terima ksih juga sbb tunaikan permntaan saya...alhamdulilah allah da makbulkan doa saya dan skrang kami mula berbaik...sesungguhnya saya sayang sahabat saya ini dan snggup mengalah demi mnjaga silaturahim kmi...saya sayang SBDA@dukun
BalasPadam