6 Pokok Yang Menyegarkan Udara Di Dalam Rumah & Mudah Dijaga. Anda Perlukannya

Ternyata bagi yang suka kan hiasan bunga di dalam rumah, hobi anda bukan sia-sia. Hal ini kerana, pokok-pokok tertentu berupaya memberikan manfaat yang maksima kepada pemilik. Antaranya seperti meneutralkan ruang udara dalam rumah, untuk rawatan terapi serta menyingkirkan udara toksik. 

Source


Namun begitu, antara halangan untuk menanam pokok dan bunga ialah ketahanan dan cara penjagaan memerlukan teknik yang berbeza. Malah ada juga bunga yang tidak tahan lama. Tapi, 6 pokok ini sememangnya tahan lasak, mudah dijaga, tak banyak karenah dan paling penting sekali ialah fungsi menyegarkan udara di dalam rumah anda.

1.  Spider Plant berfungsi untuk menukarkan udara toksin menjadi oksigen 
Source


2. Peace Lily tersenarai dalam rekod NASA. Ia boleh menyingkirkan benzene, formaldehid trikloretilena, toluena, xilena. Siram sekali seminggu pun dah cukup. Mudah kan?

source google
3. Snake Plant sesuai untuk menapis bahan pencemar udara, formaldehid yang biasanya dijumpai dalam bahan pencuci, tisu tandas, dsb. Sesuai diletak di dalam tandas dan bilik mandi anda. 
Source
4. Bamboo Palm, ke-3 terbaik untuk menyingkirkan  formaldehid. Sesuai diletakkan di sekitar perabot
Source


5. Aloe Vera/ Lidah Buaya kerap ditanam kan? Dulu mama selalu tanam. Hehe. Selain menyingkirkan udara toksin, ia juga boleh digunakan untuk kulit anda ( parut atau terbakar) dan juga melebatkan kening, bulu mata. Sesuai diletak di sekitar dapur anda

Source
6. Golden Pothos sesuai diletakkan di garaj kereta kerana ekzos kereta penuh dengan toksin formaldehid. Paling best pokok ni kekal bercahaya di dalam gelap.

Source

Catat Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Terbaru Lebih lama