Coretan Paksu: Mengimpikan Kawan, Anak Dan Pasangan Hidup Hebat

Mempercayai atau tidak, kita ingin orang-orang  yang hebat sentiasa bersama kita. Antara yang kita inginkan anak yang baik budi pekerti dan membangga kita, suami yang boleh memberi kasih sayang yang sempurna dan duit yang banyak serta mencari rakan yang setia dan menolong sepanjang masa.

source pixabay.com
Lupakan angan- angan anda itu kerana semua orang tidak sempurna. Hakikatnya, kita perlu mendidik orang sekitar yang menjadi baik.

Saya ceritakan pengalaman bersama seorang pemuda, saya tahu beliau dari kurang berada dan merupakan seorang bijak sewaktu belajar di universiti.

Hendak dijadikan cerita, saya beberapa kali saya belanja dia makan kerana dengan niat membantu. Suatu ketika dia menolak, "Paksu, jangan belanja saya lagi, saya banyak terhutang budi, nanti orang kata saya ambil kesempatan"

Peristiwa lain saya nampak beliau mempunyai adab begitu tinggi, bila ketika menjamu makanan, dia dahulukan orang berusia dengan memberi makanan dan mengelap sudu sebelum digunakan oleh orang lain.

Saya tanya pada beliau, siapa mengajar awak adab-adab begini. "Emak saya ajar benda ini". Saya kagum masih ada orang muda mempunyai nilai begini di zaman moden ini.

Semenjak itu, saya belajar tentang betapa penting kita mendidik dan menjadi contoh pada anak-anak, suami dan rakan- rakan kita saya mereka dapat mencontohi nilai yang baik. Mereka akan meniru nilai ini dan akan praktik setiap apa yang baik dan memberi kesan. Moga anda dapat membina insan-insan yang baik.

2 Ulasan

[Peringatan Ikhlas]

Anda digalakkan untuk komen. Walaubagaimanapun komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

  1. Satu perkongsian yg menarik...
    Pasti hidup merasa hebat jika diri ini hebat kan?


    Namun ia bergantung kpd diri sendiri juga...benarlah cukup dgn mnjga adab dan sopan mmpu mnjadikan diri seseorang itu dipandang hebat...dan saya rasa pak su nie pon hebat jugak orangnyer....

    hope dapat bace lg coretan pak su...kalo x keberatan dapt bace ttg coretan persahabatan plak lpas nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas penghargaan, saya usahakan artikel tentang kisah persahabatan untuk saudara

      Padam
Terbaru Lebih lama