Solat
5 waktu telah menjadi kewajipan harian untuk umat islam dari dulu hingga kini.
Namun, tidak ramai yang arif dan mengetahui mengenai rahsia sebenar solat 5 waktu & kesan ke atas fizikal
dan spiritual mereka. Andai masyarakat betul-betul menghayati rahsia solat, pasti mereka akan memenuhi masa dan kualiti kehidupan mereka dengan energy yang positif, bahagia dan gembira sahaja.
Tiada lagi unsur kata negatif dihamburkan, tiada lagi rasa irihati di dada,tiada lagi kerisauan/ketakutan pada jin hantu sebagainya. Malah yang menjadi tumpuan hanyalah keindahan dan kekuasaan tuhan yang Maha Besar,Maha Bijaksana.. InshaAllah sesiapa yang menguasai rahsia spiritual akan sentiasa berjaya dalam kehidupan mereka.Sehinggakan, dugaan yang dihadapi akan terasa seperti nikmat pemberian tuhan dalam kehidupan sebagai manusia.
Dalam solat itu sendiri mengandungi pelbagai maksud tersirat yang perlu dikaji, difahami dan dihayati dengan tepat. Melalui penguasaan spiritual yang hebat, kehidupan anda di dunia fana pasti terjaga dengan sempurna. InshaAllah.
Setiap manusia mempunyai 7 warna aura pada tubuh masing-masing , dan setiap warna memainkan peranan yang amat penting pada seluruh aspek kehidupan. Warna aura yang cantik menentukan bagaimana kehidupan anda di luar. Baik di dalam baiklah di luar. As above so below, as within so without.
Mari kita lihat, keajaiban setiap waktu solat pada kesihatan spiritual dan fizikal anda. Mudah-mudahan memberi manfaat dan menggerakkan hati anda untuk memahami lebih mendalami rahsia spiritual kehidupan : kredit gambar pada islamographic.com